Lagi pasal restoren di SHAH ALAM....
Kali ni pasal restoran seafood yang femes kat sana. Terletak dalam bandar dan lokasi nye terapung atas tasik. Cukup luas dan design yang menarik. Service yang cepat tak perlu tunggu lama hidangan dah tiba. Customers pun ramai dan kebetulan masa tu ada dua family yg celebrate birthday so dapat la tumpang sekaki kek dia haha!!
Harga bagi saya berpatutan sebab total RM207 untuk 7 orang!!....dua jenis masakan ikan siakap, sotong tepung, hot plate bean curd, dua jenis sayuran dan lain2. Ikan nye fresh dari akuarium bukan frozen. Lepas makan dia akan distribute ice-cream free. Not bad. Dan green tea pun free-flow untuk semua orang!
Overall? - highly recommended. Jom terjah sana pulak!!
ADDRESS : No 20 Jalan Selendang 10/10, Seksyen 10, Shah Alam
Sapa2 yang berminat dengan masakan pantai timur, saya rekomen tempat ni sebab pelbagai pilihan yang ada. First time saya sampai disini...susah nye nak jumpa padahal tak jauh dari Concorde Hotel.
Hari tu kita orang pilih lauk kerutuk ayam, gulai kawah, limpa, ikan percik, ayam percik pastu pengat pisang, bubur kacang, bubur jagung, pulut dan bubur durian. Nak ikutkan hati, banyak lagi nak ambik sebab macam2 lauk. Aduiii mengah lepas tu nak drive!
Satu cadangan nak kasik kat tokey kedai ni.....tolong la cat baru sepanjang dinding kat luar tu... dah teruk sangat nampak. Sekali pandang macam tak berselera langsung .....kita nak kasik image yg bagus terutama kat first time customer macam saya nih.
Jom terjah Restoren Hatinie dan selamat menjamu selera ya!!