Restoren ni femes dengan mee bandung udang dan bila lunch time ramai customers dari area Pasir Gudang datang sini. Kalau tak biase agak susah jugak nak cari tempat ni jadi jangan lupa contact phone number kat bawah tu untuk direction.
Dulu kecik je restoren ni tapi sekarang dia dah renovate jadi tak perlu risau pasal tak cukup meja. Scenery memang cantik sebab lokasi nye di tebing selat tebrau dan bolih nampak jembatan baru yg panjang menghubung ke desaru.
Masakan sedap dan harga pun ok. Satu je nak kene warning awal2... kadang tu bila musim lalat2 meroyan memang boring giler di buat nye...atas meja, atas makanan penuh lalat!!...sabor je la...
HARI INI genap follower yang ke 500 register dengan blog saya setelah setahun lebih beroperasi di blogspot. Kepada semua bloggers, saya ucapkan banyak2 terima kasik atas sokongan dan komen2 anda semua. Kepada blogger yang ke 500 (En Zahimi) ada hadiah istimewa menanti jadi sila email pada saya alamat dan contact number anda di papantiq@hotmail.com