Wednesday 8 February 2012

JAKIM Kuatkuasa Logo Halal Malaysia Pada 1 Januari 2012

UNTUK PENGETAHUAN KITA BERSAMA.....
Sapa2 yang nak tahu samaada barangan, hotel atau premis restoren itu ada certificate halal atau tidak.....Sila klik di sini untuk link kepada directory halal JAKIM (tapi kalu nak makan nasi lemak kat gerai makcik bedah tu tak yah ler check kat sini hishh...)


Petikan dari online news....
 Mulai 1 Januari 2012 hanya logo halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) boleh digunakan dan diiktiraf.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu susulan penguatkuasaan Akta Perihal Dagangan 2011 yang diluluskan Parlimen Julai lepas dan akan berkuat kuasa 1 November ini.

Logo halal bermaksud logo yang dikeluarkan oleh JAKIM/ JAIN/ MAIN dan mengandungi:
logo halal
*  bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;
*  perkataan Arab – “حلآل” di tengah bintang;
*  diikuti tulisan rumi “HALAL”;
*  bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ماليزيا   dalam perkataan Arab;
*  dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.

"Ini bermakna premis makanan, restoran, hotel dan pihak-pihak lain yang sebelum ini menggunakan logo halal bukan dikeluarkan Jakim, perlu membuat permohonan baharu kerana selepas tarikh 1 Januari nanti, semua logo halal sedia ada adalah terbatal.
"Mana-mana pihak lain juga tidak boleh lagi memperakukan atau mengeluarkan sijil halal ataupun membuat pengisytiharan sendiri berhubung status halal," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Ismail Sabri berkata, selepas tarikh itu mereka yang masih menggunakan logo halal lain boleh didenda sehingga RM250,000 bagi pertubuhan perbadanan dan sehingga RM100,000 bagi orang perseorangan atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Ismail Sabri berkata, bagi pihak industri pula, tempoh setahun diberikan untuk menukar semua produk keluaran mereka dengan logo halal Jakim.

1 comment:

  1. Salam Papa
    Baguslah you wujudkan blog food traiul macam nie, senang nak refer especially kat JB. My husband side from JB so kalau balik sana, asyik la makan kat Singgah Selalu ataupun fast food, sesekali nak juga cuba di tempat lain. Thumbs up !!!!

    ReplyDelete

Sudi2 la yer nak komen apa2 kat sini..ermmm...kalu nak berkenalan pun ehhhh apa salah nyerrrr.....boley sangat!!