Tuesday 16 April 2013

DEAN BRIYANI HYDERABAD, KEMPAS, JOHOR BAHRU

Restoren ni terletak di kawasan perumahan TNB Kempas, Jalan Dataran Utama (ambil simpang ke kanan depan Sekolah Agama Kempas, Jalan Persiaran Kempas Baru). Kalau tak biase susah sikit nak carik jadi bawak la GPS ok.

Tempat makan nye sangat luas dan selesa sebab berada dalam satu bangunan dengan dewan serbaguna. Kalau datang hari sabtu/ahad memang ramai customers. Hidangan nye hanya briyani dan takde makanan lain. Kalau ada pilihan pun hanya kambing, ayam dan daging. Harga RM10.

Bagi saya takde la special sangat nasi briyani sini dan kalau nak banding dengan Briyani Md Shah di Batu Pahat (KLIK SINI) memang jauh lagi sedap Md Shah punya. Bolih jadi sebab terlalu banyak rempah dia guna kot sampai hilang wangi nasi nya.

Walaubagaimana pun kalau inginkan kelainan, bolih datang sini cuba briyani hyderabad orait!

Jom layan gambar2 kat bawah.....


 photo P1070061_zps7aa6d73c.jpg
 photo P1070059_zps59a0d3b3.jpg
 photo P1070051_zpsede6279f.jpg
 photo P1070049_zpscedbeaa6.jpg
 photo P1070068_zps634e54fe.jpg
 photo P1070038_zps38804d0e.jpg
 photo P1070056_zps99808dbd.jpg
 photo P1070044_zpsd2a188ec.jpg
 photo P1070065_zpsad468efd.jpg
 photo P1070058_zpsb83186d6.jpg
 photo P1070060_zpsafcc653e.jpg
 photo P1070072_zpsc74c02d9.jpg
 photo P1070071_zpsdc471ec0.jpg

22 comments:

  1. Hi Papa, I takde GPS in my car, so boleh sponsor GPS sebiji??? LOL

    This briyani lepas makan kena puasa 2 hari sebab serving banyak sangat. Not the best in JB tapi ok lah boleh telan. I think the best is still Dann's cafe, belum try lagi??? No problem I can belanjar you. :))

    Have a great day ahead.

    ReplyDelete
    Replies
    1. AMELIA...hi cayang!
      Buat apa sponsor GPS sebijik.....i ni kan your personal GPS hahaha...cakap jer mana nak pergi and i will bring you there wowwww!
      I dah pegi Dann's cafe tapi belum upload pics lagi. Memang best briyani dia!

      Delete
    2. Hi Papa-NtiQ, you nak jadi my personal GPS???? LOL..nak check dulu kat JPJ or police traffic you ada record tak, if not kena beli insurance dulu.

      Ish......."cakap jer nak pergi mana you bring me there"????? Pergi Dann's cafe tak ajak pun, my ofis is only a stone throw away. :)

      Delete
    3. AMELIA...oooo dekat sana ya u kerja. I pergi makan sana twice two months ago with my collegues. i heard dia punya nasi serai pun famous tapi belum try lagi.

      Delete
  2. Assalam.. ok saya dah follow papa n tiq! =D terima kasih sudi singgah blog saya.. nanti kita jenguk2 lagi ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. KELLA....terharu bila nengok orang datang sini uhuks

      Delete
  3. Dan Cafe kt mana ya? Sya try kt Tmn Daya (lupa nama kedai) mmg biasa nasi berianinya tpi special dan yng paling suka sekali ada beriani ikan, sedap lagipn kt tempat lain belum jmpa lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. YON....dann's cafe di No.45 Jalan Sagu 15, Taman Daya

      Delete
  4. salam sy dah follow page ni ..wah x sangka ada foodie blogger .. blh la nak rujuk2 sini kalo p jalan2 negeri orang nati... p johor baru ni pun x sempat nak jalan2 cari makan...

    ReplyDelete
  5. Bro,pandangan saya bebeza sikit... standard beriani Mat Shah dah drop banding dgn time mula-mula dia berniaga sekitar hujung tahun 80an dulu. Pada saya Dean's Hyderabad Briyani is the best in JB, for now. Dann's Cafe punya beriani pun not bad jugak, with nice decor and food variety.

    BTW, it was Amelia yg first introduced saya to Dann's Cafe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. OLDSTOCK...hi bro lama tak dengar berita...tapi i frequently baca your entries yg semua nye menarik2 belaka :))
      Md Shah dah drop ke hmmm tak tahu pulak sebab dah banyak competitors kot
      Owhh you minat ke Dean and Dann's?...bagus bagus!!

      Delete
  6. DEAN BRIYANI HYDERABAD bukak pukul bape sampai pukul bape ye?

    ReplyDelete
  7. memang benar Batu pahat Briyani Power jauh lebih hebat dari Hydrabad briyani sini tapi kalau ingin lain rasa briyani boleh cuba sisni. Tapi pastikan call dulu sebelum sampai sebab last 3 bulan ini ada banyak kali hari Sabtu dan Ahad saya singgah sini tapi hampa sebab Hydrabad banyak tutup kedai cuti dan sebagainya. nampak macam dia buat banyak tempahan catering dari buka kedai disana..............

    ReplyDelete
  8. Saya pernah cuba Briyani dari Penang sampailah ke Johor dan saya rasa di Johor the best Briyani is Batu Pahat Briyani Power dan tidak ada yang setakat ini boleh tanding Batu Pahat Briyani Power, kedainya pun bersih dan sentiasa dijaga kebersihanya, dan tuan punya kakak boss pun peramah orangnya .........

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Nasi briyani gam tmn dahlia sedap tapi ayamnya kecil

    ReplyDelete
  14. Nasi briyani gam tmn dahlia sedap tapi ayamnya kecil

    ReplyDelete

Sudi2 la yer nak komen apa2 kat sini..ermmm...kalu nak berkenalan pun ehhhh apa salah nyerrrr.....boley sangat!!