(1) RESTORAN NASI KANDAR SUBAIDAH
Femes jugak restoran nasi kandar ni kat Tanjong Tokong (menuju hala ke hotel). Saya dah banyak kali makan kat cawangan air keroh melaka. Kita orang sampai Georgetown lewat pukul 3 ptg jadi semua dah kelaparan dan sapu ape je yang ada. (2) AYU MEE UDANG
Sapa2 yang pegi Penang, kalu tak makan mee udang atau nasi kandar atau pasembor memang tak sah. Teluk Kumbar (Teluk Kumbaq kene dengu skit) memang femes dengan restoran2 seafood atau mee udang. Saya singgah ke beberapa restoran mee udang tapi nampak macam tak bermaya je tapi bila sampai kat tempat ni nampak banyak kereta parking dan penuh pelanggan. Kalu tak de GPS memang susah nak carik. Restoran nye biase je tapi mee udang nye memang FIRST CLASS!. Udang nye fresh, besar dan kuah nye sampai menjilat jari. Ada 'biasa' dan 'special'....special la best sebab udang banyak. Punye la sedap sampai saya bungkus lagi dua lepas habis makan...sambung kat hotel pulak.. hehehe. Kalu udang nye fresh dan besar, memang la harga pun fresh dan besar jadi sebelum datang sini kene la pegi ATM dulu ye.
(3) MEDAN IKAN BAKAR GOLD COAST
Adik ipar saya pesan kalu pegi penang jangan lupa singgah ke medan ikan bakar ni, belakang Queensbay shopping centre. Shopping centre ni yang terbesar di Penang. Agak susah nak cari medan ni tapi lepas pusing dua tiga round baru jumpa. Parking tak banyak dan lokasi nye sebelah pantai antara kawasan perumahan banglo dan bangunan condo Gold Cost. Saya pulak pegi pada malam krismas jadi ramai la orang...kene tunggu makanan terrrrr amat laaaaa lama.
(4) RESTORAN NASI KANDAR KAPITAN
Lokasi nye betul2 di sebelah Masjid Kapitan Kling dan disebelah kanan nye pulak ialah yang femes Restoran Nasi Kandar Beratur (bukak pukul 10 mlm je!! sampai ke pagi). Walaupun kedai nye kecik dan meja2 makan hanya di letak atas ruang pejalan kaki, orang tetap ramai datang sampai tak cukup meja dan pada pendapat saya taste lauk nye lagi best dari Restoren Subaidah. Kami singgah disini selepas balik dari Rumah P.Ramlee.(5) GURNEY DRIVE HAWKERS CENTRE
Sapa2 yang datang sini mesti cuba makanan unik pasembor ("pasemboq"). Adik beradik rojak. Kat sini ada stall pasembor yang laris dengan gaya dan ragam penjual nya. Pernah masuk newspaper.
(6) RESTORAN NASI KANDAR LINE CLEAR
Memang tak de rezeki. Kami memang plan pada hari terakhir di Pulau Pinang untuk makan lunch di restoran ni memandangkan ini adalah restoran nasi kandar yang PALING femes. Dah la susah nak carik tempat parking sebab di Penang Street tapi bila sampai orang ramai bersesak-sesak tunggu kat luar nak masuk. Kedai ni berlindung hanya dibawah awning diantara dua bangunan. Hari pulak tu panas dan anak bongsu saya dah resah gelisah. Last sekali kita orang makan kat tempat lain dan tinggal gambar2 je sebagai kenangan.......