Sunday, 11 December 2011

AL-ARABI, TMN UNIVERSITY, SKUDAI, JOHOR BAHRU

Sejak pegi ke Haidramawt Restaurant di Bukit Bintang 3 bulan lepas dah macam ngidam lak dengan makanan2 arab nih. Saya ke sana secara tak langsung sebab kebetulan berdekatan dengan tempat tinggal Hotel Istana kerana menghadiri acara penghormatan hadiah anak sulung Nurliyana Hanis. Sebelum ini tak pernah dengar masakan Mandi Lamb Rice atau Mandi Chicken Rice. Haidramawt ni memang standard sikit sebab tu harga nye pun standard RM35 per plate. Balik ke JB saya merayau jugak carik restoren arab ada kat sini.
Selidik punya selidik, saya dah dapat kesemua nama2 dan address restoran ni...Al-Arabi, Parasia, Bilad Al-Sham dan Pomegranate Garden. Semua kat Taman U. Bukan setakat tu je, siap pegi ronda lagik PETANG TADI dengan Garmin hehehe....alaaa hari ahad kan takde mende nak buat jadi bawak la anak isteri ke hulu ke hilir...hehehe
Persinggahan kami yang pertama (buat masa ni laaa)  ialah Al-Arabi. Walaubagaimana pun tuan restoran tu kata 'in two days we will move to a new place...now busy transfer things'.....lerrrr padan ler takde orang. Timing salah laaaa brader. Yang kite pegi Jln Kebudayaan 2 dan nanti dia pindah ke Jln Kebudayaan 8 di Medan Selera. Tak jauh.
Kat menu tu banyak yang saya tak paham walaupun dia cuba nak explain jadi kita order Mandi Lamb Rice (RM10), Mandi Chicken Rice (RM5) dan mixed grill with bread. Daging kambing dan ayam nye memang bolih di puji sebab sangat lembut dan marinate dengan secukup rasa. Dia serve dengan kuah sos tomato. Sedap!. Harganye murah RM45 je termasuk minuman. Sempat juga saya try Arab Tea.
Bila dah siap nak bayar pak arab tu cakap, kalau nak portion lamb yang lebih, dia bolih sediakan tapi harga Extra Large RM20 per plate. Apsal tak cakap awal2 ya maulana sebab kat menu ada Large dan Medium je. Kalu saya tahu kambing nye sedap macam tu baik ambik Extra Large. Tapi takpe jangan tamak yang order tadi tu pun dah cukup memadai kenyang sampai ke pagi lima anak beranak.
Nanti saya buat laporan tentang restoran arab yang tiga tu lagi.....entah bila ek?. Selamat menjamu selera ya habibi.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

9 comments:

  1. Tahun lepas bos ada belanja makan nasi arab nie..owner hantar ke ofis dkt johor jaya...tp ramai member yg tak habis makan pasal tak menepati citarasa tempatan...

    ReplyDelete
  2. ooo ye ke. nasi arab ni macam kering skit kan tak macam nasi beriani atau nasi minyak banyak lauk. kalu x biase memang kering tekak

    ReplyDelete
  3. saya rasa cam ok je. kambing dia lembut masak hanya kuah skit sangat. nasi dia tak berminyak macam masakan kite

    ReplyDelete
  4. boleh tahan... murah ek.. interior design macam mane? duduk bersila ke atas kerusi??

    ReplyDelete
  5. duduk kat meja cam biase. murah la jugak. tapi kat skudai tu ada 4 restoren arab so nak kene compare dulu mana yg sedap. saya belum try yg 3 tu lagi

    ReplyDelete
  6. Restoran ni bukak dri kol brpe hingga?

    ReplyDelete
  7. kurang pasti tapi saya agak 12tgh hari sampai 10mlm kot. hari tu saya gi malam.

    ReplyDelete
  8. Betul ke kat jalan kebudayaan 8? Tadi baru je pegi cari2 tak jumpe .. Lalu kat area medan selera... Bleh bgi direction yang tepat?

    ReplyDelete
  9. yg saya pegi tu kat jln kebudayaan 2 sebaris dengan agus tapi masa tu tokey dia cakap nak pindah kat jln kebudayaan 8 dalam medan selera kata dia

    ReplyDelete

Sudi2 la yer nak komen apa2 kat sini..ermmm...kalu nak berkenalan pun ehhhh apa salah nyerrrr.....boley sangat!!