Saturday, 21 January 2012

JOM JALAN2 KE SENTOSA ISLAND, SINGAPORE!

Cuti Chinese New Year lama nih 4 hari so apa nak buat? hmmm...jalan2 la apa lagi. Banyak plan HARI ni SABTU gi Singapore, besok nak pegi tengok pesta kraftangan Trengganu kat Plaza Angsana, ISNIN nak gi Batu Pahat makan durian kat kebun member (2 ekar penuh dgn pokok durian jer!) dan sambil2 tu bolih singgah ke Nasi Beriani Gam Ahmad Shah yang femes kat medan selera tu dan SELASA antar anak2 balik ke tempat pengajian dia orang.
Biase nye kalu ke Singapore bawak famili pegi Orchard Road jer shopping2 atau pun Geylang makan2 tapi kali ni nak ubah haluan pulak
Dah lama tak pegi Sentosa Island...zaman2 muda dulu je rajin pegi masa dating. Sekarang anak2 pun dah ada 4 orang jadi nak re-visit semula hari ni. Kenangan mengusik jiwa katakan....hahaha! 
Zaman dulu nak pegi sana kena naik feri dari world trade centre atau pun cable car (girlfriend takut jadi dapat peluang keemasan pegang2 tangan dan bahu .....girlfriend tu dah jadik isteri beb sekarang hehehe)
Sekarang dah bolih masuk kereta so lagi la senang dan selesa.....jadi kali ni saya bawak kereta terus parking kat pulau tu pastu naik tram dan hop on and off kat tempat2 menarik seperti Underwater World, Siloso Beach, Pahlawan Beach dan lain2 lagi.

BELUM SIAP SEBAB PROBLEM MASA NAK DOWNLOAD GAMBAR2....ish!ish!

No comments:

Post a Comment

Sudi2 la yer nak komen apa2 kat sini..ermmm...kalu nak berkenalan pun ehhhh apa salah nyerrrr.....boley sangat!!