Friday, 10 February 2012

KACANG POOL HAJI, PLAZA LARKIN, JOHOR BAHRU

Orang2 luar Johor sure tak penah dengar Kacang Pool ni kan. Asal dari Singapore tapi berjangkit lama kat sini sampai dah jadi makanan tradisional lak kat Johor nih. Sesuai sangat untuk makan petang tapi hari tu saya singgah sini utk breakfast. Plaza Larkin ni hanya berdepan je dengan Stesen Bas Larkin.
Sapa2 yg first time nak mengenali haper bende makanan nih, saya rekomen KACANG POOL HAJI....sure meroyan jatuh cinta lepas ni....bukan kat tuan haji tu tapi kat kacang dia daaa. Sedap giler.....hmm harga dalam RM4 jer serve ngan roti bakar tebal.
Camne nak describe ek?.....ala pegi la sendiri rase.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

18 comments:

  1. Bagi sesiapa yang suka makan kacang panggang mesti betul2 suka. Eh kacang panggang ke tu? hehe tak tau nama kacang tu.

    Ramai yang suka. Sayang sy tak berapa minat kacang tu. Tapi roti dia best. Suka-suka-suka. Overall memang sedap. Lagi sedap kalau memang suka kacang tu. :)

    Rasa kat KL pun ada 1 outlet kacang pool. Sebenarnya ada lagi 1 kedai kacang pool dekat2 bustand tu. :)

    ReplyDelete
  2. Alinac - jgn sampai kempunan lak hehe
    Nurul - memang kacang panggang tapi biase nye org panggil baked beans...yg dalam tin tu. Kat KL tak berapa femes sangat banding JB. Rugi la Nurul tak minat kacang pool ish ish ish

    ReplyDelete
  3. huhu..memang terbaek dari ladang...

    ReplyDelete
  4. Salam.
    Terima kasih singgah blog makan2 sya. wah..blog ni masih baru tapi dah byk pengunjungnya. Tahniah.

    Sya jarang ke negeri sebelah selatan. InsyaAllah teringin nk cuba makanan best di sana.

    Kacang pool selalu dgr kalu org johor cerita. Nak tnya, kacang pool ni makanan dia mcm kuah kacang utk makan satay tu ke. Tak pernah makan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Juadah...bukan mcm kuah satay sbb dia letak daging cincang campur tomato dan 2/3 jenis kacang mcm baked beans dan kidney beans

      Delete
  5. Sya follow dan listkan blogmakanbest sebagai bloglist di juadahmalaysia.com

    ReplyDelete
  6. hehe tu lah.. tengok orang makan.. mcm sedap.. try banyak kali makan still rasa tak sedap. :P

    ReplyDelete
  7. Actually, kacang yang digunakan dlm resipi kacang pool ini ialah kacang parang atau dlm bahasa Inggeris broad beans atau fava beans. Resipi asal dari middle-east dan dipanggil foul medames.

    ReplyDelete
    Replies
    1. uih terer Oldstock..TQ for the clarification.

      Delete
  8. Sedapnyer..masa taun 2006 berkampung di IPTI tak de pulak plaza larkin ni..ke dahde..xperasan.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ishh mala ni...plaza larkin dan kedai pak aji tu dah berkurun kat situ hehe...femes tau kacang pool dia kat jb nih

      Delete
  9. kacang pool Haji inilah antara yang saya palimg rindu bila balik kerja di KL!! Dulu ofis saya di Larkin Perdana, sebelah Maybank.

    ReplyDelete
    Replies
    1. UMMUMADIHAH...best kan kacang pool haji ni. Memang rugi la pindah opis dari larkin perdana hehe..saya dengar ada branch kacang pool haji ni kat KL...cuba google.

      Delete
  10. penah dan selalu makan dekat sebelah bomba larkin tu. kedai lama. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. NOUR EYZA...orang Johor jugak la ni ye. TQ sudi singgah blog ni. Nanti follow k?

      Delete
  11. dlu bukak kt damansara..siap msk jalan2 cari makan..tp rasanya da tutup sbb org kl x mkn kot..ataupn xtau nk mkn..:D

    ReplyDelete
  12. Masih sedap lagi. Harga sekarang dah RM5.
    Saya pernah cuba makan yg orang lain jual (selain hj) di JB tapi rasanya tak sesedap kacang pool hj.
    Cubalah...

    ReplyDelete

Sudi2 la yer nak komen apa2 kat sini..ermmm...kalu nak berkenalan pun ehhhh apa salah nyerrrr.....boley sangat!!